Showing posts with label SET BERSALIN NONA ROGUY. Show all posts
Showing posts with label SET BERSALIN NONA ROGUY. Show all posts

Friday, May 15, 2009

:: PERATURAN PENGGUNAAN SET BERSALIN NONA ROGUY ::

NASIHAT DARI PAKAR PERUNDING - DATIN SHARIFAH ANISAH BARAKBAH

‘Jika anda mengamal dengan penuh Disiplin, Dedikasi dan Tekun, dengan IzinNYA, dijamin Kesegaran, Kecantikan dan Terpelihara Kewanitaan anda keseluruhannya.’

PERATURAN PENGGUNAAN SET RANGKAIAN HERBANIKA BERSALIN NONA ROGUY

Sapuan MINYAK HERBANIKA untuk Bersalin Normal dan Pembedahan atau Caesarian di Wad

Selepas Keluar dari Bilik Bersalin ke dalam Wad –

- Gosokkan MINYAK HERBANIKA dengan tipis ke bahagian kulit kepala serta tengkuk dan bahu anda. Ikat rambut dengan rapi.
- Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara ‘caesar’.
- Sapurata MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian ‘pembedahan’), tundun sulit, peha, celahan peha, pinggul, pinggang, lutut, belakang lutut, betis dan tapak kaki. Pakaikan Stokin.
- Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang (semasa peneranan berlaku) atau kurang pergerakan (semasa proses pembedahan) dan membantu melancarkan peraliran darah.

Untuk Bersalin Normal -

- Kemudian, tuangkan MINYAK HERBANIKA ke bahagian sulit (biar minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian ‘episiotomi’ / luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/tuala sanitari. Pakai dengan selesa.

Untuk Bersalin Caesar –

- Gunakan MINYAK HERBANIKA ke atas pad/tuala sanitari. Pakai dengan selesa.
Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran.

Bengkung Ringan dengan MINYAK HERBANIKA semasa di Wad –

Bagi Kelahiran Normal -

Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, disyorkan penggunaan ‘Strap-On Binder’ (Bengkung Moden yang mudah didapati di Farmasi) dengan ringan dan rapi.

Bagi Caesar atau pembedahan –

Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang (kecuali bahagian surgeri), pastikan kegunaan ‘Strap-On Binder’ yang ringan dan melepasi tundun sulit anda (tanpa memberi penekanan di bahagian ‘surgeri’). Anda boleh teruskan amalan ‘Berbengkung’ secara ini selama 2 Minggu sebagai langkah penjagaan awal.

UNCANG CUCI HERBANIKA

Bercebuk Bahagian Sulit untuk Bersalin Normal di Wad dan Rumah-
Masukkan 2 genggam Garam dan 2 pkt UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas air suam panas. Tekankan paket agar keluar pati herba yang pekat.
Lakukan cucian serta cebuk di bahagian sulit dan luka jahitan anda.
Kesat kering. Sapukan MINYAK HERBANIKA ke bahagian luka jahitan ‘episiotomi’ dan tuangkan ia ke atas pad atau tuala sanitari anda.

Bercebuk Bahagian Sulit untuk Bersalin Caesar di Wad dan Rumah -

Rendamkan 1 pkt UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas atau semangkuk air suam panas. Tekankan paket agar keluar pati herba yang pekat.
Lakukan cebuk dan cuci di bahagian sulit sehingga terasa bersih serta segar. Kesat kering.

Tuangkan MINYAK HERBANIKA ke atas pad atau tuala sanitari anda untuk melancarkan keluaran darah nifas dan mengatasi masalah ‘rengat’ atau ketidakselesaan di bahagian perut.

Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama Daun Sireh, Inai, Daun Pandan, Serai Wangi, Halia Tua, Halba dan Garam untuk dijadikan ‘Mandian Herba’ Ibu Bersalin selama 14 hari atau 30 hari sehingga 44 hari.

Uncang Cuci Herbanika membantu menghindari daripada jangkitan kuman (infeksi), kegatalan kulit, atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis, nanah, masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan ‘episiotomi’. Sebagai mandian herba, ia memelihara kulit agar segar, mantap dan tidak mudah dimasuki ‘angin sejuk’.

AKAR HERBANIKA – Untuk Minuman Antioksidan

Di Hospital atau Wad Bersalin –

Minum 2 – 4 gelas/mug sehari atau 3 – 6 cawan sehari.
Rendam 2 pkt dalam 1 flask atau thermos air panas mendidih sehingga ia keluar pati herba teh sederhana pekat. Setiapkali minum, masukkan 1 sudu teh – 1 sudu besar Madu Lebah Asli atau Pure Honey sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau suam sejuk.
2 pkt boleh diulangi rendam beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, rebuskan sebelum diganti yang baru.

Di Rumah – Buat Pilihan - Rendam atau Rebus

Disyorkan - rebus 2 – 3 pkt AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air atau secerek sederhana air panas sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam flask atau thermos dan setiapkali minum, masukkan 1 sudu teh – 1 sudu besar Madu Lebah Asli atau Pure Honey sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau suam sejuk. 2 pkt boleh diulangi rebus beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan yang baru.

Minuman Antioksidan ini membantu menyegarkan urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu Ibu, mengurangkan air berlebihan dalam badan atau atasi Retensi Air, melawaskan sistem pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lelemak degil serta mengatasi keletihan dan sakit sendi serta sejuk-sejuk dan juga mengawal bau badan. BOLEH DITAMBAH SERAI (ketuk), 2 INCI HALIA TUA (ketuk), 1 SUDU BESAR HALBA dan DAUN PANDAN 1 – 2 helai diikat.

MUSTAJAB PHYTO NATAL – Tablet Pembersih Rapi Dalaman

Bersalin Normal mula pada Hari ke 4 dan Bersalin Caesar mula pada Hari ke 7

Lawas Buang Air Besar - Normal
PHYTO NATAL 2 – 4 tablet

Tidak Lawas Buang Air Besar - Sembelit
PHYTO NATAL 4 – 10 tablet

Terlalu Lawas Buang Air Besar - Sensitif
PHYTO NATAL 1 – 2 tablet

Phyto Natal membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi ‘Angin Meroyan’ serta ‘Murung’, darah kotoran dalam sistem badan, menyegarkan fungsi rahim serta memperbanyakkan dan mengeluarkan susu Ibu dengan lancar. Ia menambahkan daya tenaga semasa dalam pantang, mengimbangi kembali sistem badan, membantu membuang lemak berlebihan, mengatasi sakit anggota, kembung perut dan melawaskan sistem pembuangan air besar serta air kecil. Ia juga mempercepatkan pengecutan rahim dengan melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan yang sihat, mantap serta menyerikan wajah.

Nota:
Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi (selepas sarapan) untuk melawaskan sistem pembuangan air besar anda pada sebelah awal petang bagi tidak mengganggu waktu tidur anda.

KRIM BARUT

Bagi Kelahiran Normal pada Hari ke-4 sehingga 44 Hari (Disyorkan selama 60 hari) dan bagi Kelahiran Caesar atau

Pembedahan pada Hari ke-15 sehingga 44 Hari (Disyorkan selama 60 Hari).

Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, sapu rata KRIM BARUT di perut, ari-ari, pinggang, pinggul serta atas peha.

Gunakan ‘Strap-On Binder’ (Bengkung Moden yang mudah didapati di Farmasi) atau Bengkung Tradisional (jenis Kain Barut) dengan kemas, kejab dan rapi.

Pastikan Kain Barut atau Bengkung dari paras bawah payudara sehingga melepasi atas peha bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping, tidak kembang, kemas dan mantap.

Gunakan Bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang. Bukakan bengkung untuk amalan cucian atau cebuk bahagian sulit atau bersediakan diri untuk waktu malam.

Sapu semula seperti diatas dan gunakan Bengkung semalaman.

Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik, besar, buncit, menggeleber, kembang dan kendur. Ia membantu mengempiskan serta mengejabkan perut, merampingkan pinggang, mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu melancarkan peraliran nifas serta darah busuk dari saluran rahim. Ia juga dapat mengatasi pembengkakan luaran anggota badan.

HERBANIKA LULUR

Bagi Rawatan di Rumah untuk Kelahiran Normal dan Caesar atau pembedahan -
Sebelum mandi, ambil 1 – 2 sudu besar HERBANIKA LULUR digaul sederhana cair dengan air suam.

Sapurata ke seluruh badan, lakukan ‘gosokkan’ atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur di bahagian payudara serta perut secara ‘kasar’ atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati. Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang berkulit ‘sensitif’ akibat penyusuan.

Mandi dan bilas dengan bersih (gunakan Mandian Herba untuk badan anda).
Ulangi amalan ‘Lulur’ ini setiap hari selama 30 hari ke 44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.
Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpikmentasi kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang ‘kembang’ atau ‘sembab angin’ dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan di samping mengelakkan kemasukan ‘angin sejuk’. Ia mengembalikan kemantapan kulit Ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin lendir, mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah Bengkak Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.

PEMAKANAN SEIMBANG SEMASA DALAM PANTANG BERSALIN.

Nasi panas sederhana lembut, bubur nasi, spagetti, pasta dan makaroni.

Sayur-sayuran yang disyorkan ialah bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, lengkuas, daun dan bunga kunyit, ulaman lemuni, ulaman pegaga, daun pudina, daun kari, brokoli, karet dan sawi, serai , lengkuas, ‘cauli-flower’, ‘baby-jagung’.

Ikan segar yang disyorkan ialah ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.

Makanan bijirin iaitu gandum (oats), empingan jagung (corn flakes), bran, muesli, beras merah, beras perang, beras, kismis kuning dan hitam, kekacang soya (tauhu, tempe dan tofu), kekacang badam, walnut, makadamia, gajus dan bijan, roti putih, roti wholemeal/wholegrains, roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.

Buah-buahan yang boleh disyorkan ialah epal merah, oren manis (limau manis), kurma, buah zaitun, buah tin (fig), delima, pir, lai, pic, aprikot, strawberi, anggur (jangan berlebihan boleh akibatkan batuk), jus epal, ribena dan sirap.

Minuman berkhasiat disyorkan susu, susu soya, horlicks, milo, dan akar herbanika.
Gunakan pemanis iaitu madu lebah asli, gula merah, gula perang dan raw sugar.
Teruskan amalan Vitamin sebagai suplimen anda semasa menyusu bayi.

INFO INI ADALAH DARI MISB RESOURCES

*** NONA ROGUY ~ SET BERSALIN

NONA ROGUY








Nona Roguy memperkenalkan kepada anda set lengkap Herbanika Bersalin yang merangkumi penjagaan kesihatan ibu selepas bersalin secara luaran dan dalaman. Rumusan istimewa yang telah terbukti keberkesanannya sejak zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu, Siak Sumatera dan Keraton Solo.



Herbanika Bersalin terbukti berkesan memelihara kesihatan, mengekalkan kecantikan badan dan wajah serta mengatasi angin meroyan dan tekanan emosi. Keselamatan, kebersihan dan keasliannya adalah dijamin. Nona Roguy sentiasa bersama anda menuju kearah kebahagiaan dan kesempurnaan hidup.
SET LENGKAP HERBANIKA BERSALIN :
HARGA : RM365
- phytonatal (90tablet)
- herbanika barut - 60g (krim)
- minyak herbanika (100ml)
- uncang cuci herbanika (10 tbag)
- akar herbanika (10 tbag)
- herbanika lulur (100g)

Cara untuk mengamal dan mengunakan produk Herbanika bersalin dengan betul semasa dalam tempoh berpantang ?

Amalan Minggu Pertama -
Minum 3-5 mug Akar Herbanika setiap hari. Anda boleh melakukan penyediaan ini dengan cara merebuskan 5 paket uncang Akar Herbanika bersama 1 liter air.Tuangkan kedalam flask atau termos untuk mengekalkan kepanasannya. Tambahkan 1 sudu teh madu lebah asli setiap kali hendak minum. Minum suam panas.

Amalan PhytoNatal sepanjang tempoh berpantang :

Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis normal:-
Amalkan 2-3 tablet Phyto Natal 1 x sehari bermula hari ke 4 atau seminggu selepas melahirkan dan diteruskan pengambilannya sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika.

Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sensitif:-
Amalkan 1-2 tablet Phyto Natal 1 x sehari atau secara selang sehari bermula hari ke 4 atau seminngu selepas melahirkan dan diteruskan sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika.

Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sembelit:-
Amalkan 5-10 tablet Phyto Natal 1 x sehari seabagi amalan harian atau 5 tablet waktu pagi dan 5 tablet lagi sebelum tidur. Amalan diatas ini perlu dimulakan sejurus selepas melahirkan atau dari hari ke 4 dan diteruskan pengambilannya sehingga 30- 100 hari. Untuk mendapat kesan yang lebih baik, amalkannya bersama minuman Akar Herbanika.

Untuk Pengunaan Harian Luaran Tubuh (hari 1 – 40)
Sapukan Minyak Herbanika ke bahagian atasan perut, bawahan dan sekitar perut dan bekas jahitan bagi penyembuhan segera luka bekas jahitan untuk ibu yang melahirkan secara pembedahan atau episiotomi. Untuk memperbaiki aliran darah , lumurkan secukupnya kebahagian belakang pinggang, celahan dalam peha, peha dan kaki dengan urutan lembut . Sapukan 2-3 x sehari.

Penjagaan harian peribadi :
Bersihkan terlebih dahulu bahagian sulit dengan air suam.Tuangkan 1-2 titik Barra Gel ke bahagian kawasan sulit. Bersih dan lakukan cucian secara keseluruhannya dengan air suam. Kesat kering.Tuang basahkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita / pad sebelum memakainya dengan selesa.

Herba Pembersih harian tubuh :
Semasa menjalani tempoh berpantang 30-40 hari , bagi membantu memberikan kesegaran pada tubuh , gunakan Barra Gel sebagai pembersih bahagian kulit tubuh dan juga dikawasan payudara, lakukan gosokan lembut. Mandi dengan air suam panas.Cuci rambut dengan air paip dan kesat kering. Ini adalah bagi mencegah kepanasan dan pening kepala.

Untuk pemeliharaan payudara :
Urut kebahagian sekitar payudara dengan Minyak Herbanika dan picit perlahan-lahan bahagian puting untuk mengalakkan lagi pengeluaran susu. Sekiranya mendapati berlaku pembengkakan, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan lekapkan perlahan-lahan kebahagian payudara yang mengalami pembengkakan. Ulangi prosedur diatas sehingga pembengkakan surut. Kesat kering. Sapu dan lumurkan pula Minyak Herbanika sekali lagi kebahagian payudara.Sekiranya hendak menyusui bayi ,pastikan terlebih dahulu membersihkan bahagian puting anda dari kesan minyak.


Phyto Natal membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi ‘Angin Meroyan’ serta ‘Murung’, darah kotoran dalam sistem badan, menyegarkan fungsi rahim serta memperbanyakkan dan mengeluarkan susu Ibu dengan lancar. Ia menambahkan daya tenaga semasa dalam pantang, mengimbangi kembali sistem badan, membantu membuang lemak berlebihan, mengatasi sakit anggota, kembung perut dan melawaskan sistem pembuangan air besar serta air kecil. Ia juga mempercepatkan pengecutan rahim dengan melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan yang sihat, mantap serta menyerikan wajah.

Terdapat 2 jenis saiz:-

90 Tablet
Weight : 100 gms
Price : RM140.00

180 Tablet
Weight : 200 gms
Price : RM205.00

CARA PENGAMBILAN :-

PHYTO NATAL – Tablet Pembersih Rapi Dalaman

Bersalin Normal mula pada Hari ke 4 dan Bersalin Caesar mula pada Hari ke 7

Lawas Buang Air Besar - Normal
PHYTO NATAL 2 – 4 tablet

Tidak Lawas Buang Air Besar - Sembelit
PHYTO NATAL 4 – 10 tablet

Terlalu Lawas Buang Air Besar - Sensitif
PHYTO NATAL 1 – 2 tablet

Nota:
Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi (selepas sarapan) untuk melawaskan sistem pembuangan air besar anda pada sebelah awal petang bagi tidak mengganggu waktu tidur anda.




Minuman Antioksidan ini membantu menyegarkan urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu Ibu, mengurangkan air berlebihan dalam badan atau atasi Retensi Air, melawaskan sistem pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lelemak degil serta mengatasi keletihan dan sakit sendi serta sejuk-sejuk dan juga mengawal bau badan. BOLEH DITAMBAH SERAI (ketuk), 2 INCI HALIA TUA (ketuk), 1 SUDU BESAR HALBA dan DAUN PANDAN 1 – 2 helai diikat.
Terdapat 2 jenis saiz:
-15 t-bag
Weight : 128gms
Price : RM70.00
30 t-bag
Weight : 242 gms
Price : RM100.00
CARA PENGGUNAAN IALAH..
Di Hospital atau Wad Bersalin
Minum 2 – 4 gelas/mug sehari atau 3 – 6 cawan sehari.
Rendam 2 pkt dalam 1 flask atau thermos air panas mendidih sehingga ia keluar pati herba teh sederhana pekat. Setiapkali minum, masukkan 1 sudu teh – 1 sudu besar Madu Lebah Asli atau Pure Honey sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau suam sejuk.
2 pkt boleh diulangi rendam beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, rebuskan sebelum diganti yang baru.

Di Rumah –
Buat Pilihan - Rendam atau Rebus
Disyorkan - rebus 2 – 3 pkt AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air atau secerek sederhana air panas sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam flask atau thermos dan setiapkali minum, masukkan 1 sudu teh – 1 sudu besar Madu Lebah Asli atau Pure Honey sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau suam sejuk. 2 pkt boleh diulangi rebus beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan yang baru.
** Packing mungkin berubah mengikut MISB Resources...









klik2 kat sini

Order Form !!!

Name:
Email Address:
Telephone No:
Nama / Jenis Produk (eg : cocoa collagen power plus)
Quantity Produk :
Price per Unit (eg: RM55.00)
Price include shipping? YES NO
Payment Method : CIMB MAYBANK PUBLIC BANK C.O.D
Delivery Mode : POS LAJU SELF PICK UP
Delivery Address :
Free email forms