Monday, June 1, 2009

:: Program Kehamilan Biodex ::

TIPS TIPS UTK KEHAMILAN


Pengeluaran air mani selepas bersetubuh adalah perkara biasa, namun jika pengeluarannya banyak itu luar biasa dan mungkin ada kaitan dengan wanita itu mengemas atau mengemut faraj, yang menjadi amalan kebiasaan wanita selepas bersetubuh.



Cara paling bijak ialah :

- Untuk wanita itu mendekatkan kedua-dua lutut ke dada untuk mengelakkan air mani daripada keluar sambil melegakan pembukaan faraj supaya air mani mendap dalam faraj.

- Posisi menyalurkan ereksi dari belakang dengan wanita menyujud juga sesuai untuk memastikan yang air mani dipancut ke dalam. Beberapa minit kemudian wanita itu boleh tidur mengiring.


HUBUNGAN KELAMIN DILAKUKAN WAKTU SUBUR


- Waktu awal subur ialah tanda pengeluaran lendir yang semacam putih telur yang belum dimasak.

- Ini berlaku kerana telur dalam keadaan berkembang dan menunggu masa untuk menetas.

- 48 jam kemudian wanita itu akan terasa imbasan sengal di paras atas ari-ari yang menandakan ‘ovulasi’.

- Jadi, jika hubungan kelamin dilakukan dari mulanya lendir jernih keluar dan seterusnya sehingga 2-3 hari selepas tanda ovulasi (hubungan kelamin boleh dilakukan selang-seli atau dua hari sekali), kemungkinan hamil ialah 15% dalam sebulan.

Positifkan minda anda, tenangkan fikiran (jangan stress) serta sentiasa berniat dan berdoa setiap kali melakukan hubungan kelamin dan sewaktu mengambil Program untuk kehamilan ini.

Pregnancy
Definisi Ketidaksuburan:

Sekurang - kurangnya setelah setahun mencuba untuk hamil dan yang sering mengalami keguguran.

Untuk Hamil:

-Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya ( ovulasi ).
-Telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim ).
-Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.
-Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim.

* Masalah yang menggangu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan.
Kira - kira 1/3 kes ketidaksuburan berkaitan dengan wanita dan 1/3 daripada lelaki dan selebihnya adalah campuran faktor - faktor yang dikenalpasti.

Penyebab Ketidaksuburan:

- Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.
- Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.

Penyebab lain :

- Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis.

- Masalah fizikal dengan rahim.

Fibroid rahim.
* Selainnya umur, stress, pemakanan seharian yang tidak elok, latihan olahraga, terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan, merokok, alkohol, penyakit kelamin dan masalah kesihatan yang disebabkan hormon.

No comments:

Post a Comment

klik2 kat sini

Order Form !!!

Name:
Email Address:
Telephone No:
Nama / Jenis Produk (eg : cocoa collagen power plus)
Quantity Produk :
Price per Unit (eg: RM55.00)
Price include shipping? YES NO
Payment Method : CIMB MAYBANK PUBLIC BANK C.O.D
Delivery Mode : POS LAJU SELF PICK UP
Delivery Address :
Free email forms