Sunday, October 18, 2009

:: B WHITE ::

Glitter Words


B WHITE


Glitter Photos

HARGA : RM 48.00 (S/M)
RM 52.00 (S/S)

NOW OFFER : RM 43.90(S/M)
RM 46.90 (S/S)

KHASIAT KANDUNGAN:

SERAT PSYLLIUM

Serat Psyllium dihasilkan dari biji pokok Plantago Ovata yang telah dihancurkan. Pokok tersebut merupakan sejenis herba yang berasal dari kawasan Asia, Mediteranian Eropah dan Afrika Utara. Serat biji psyllium telah kian lama digunakan dalam perubatan herba. Seperti juga gandum dan bijirin, psyllium adalah sangat kaya dengan kandungan serat yang mudah larut. Dalam perubatam tradisional, serat psyllium digunakan sebagai julap untuk menangani masalah sembelit.

KOLAGEN MARIN (KOLAGEN LAUTAN)

Kolagen ialah kerangka protin semulajadi. Ia merupakan 80% dari jumlah seluruh protin yang terdapat pada badan mamalia dan ikan. Kolagen juga ialah komponen pada rangka yang menyantumkan tisu-tisu serta menyedia asas rangka yang kukuh. Kepentingan kolagen amat ketara kerana ia terdapat di seluruh badan termasuk pada kulit, otot, tunjang dan tulang. Serat kolagen ini bersulam bagaikan benang pada kain yang meliputi seluruh badan kita untuk sel-sel tumbuh dan bernaung.

Kolagen boleh diibaratkan sebagai batu-bata yang menjadi asas untuk terhasilnya kulit, otot, tulang dan rangka yang sihat.

Malangnya pada kebiasaan umur lewat 20an, tubuh tidak dapat menghasilkan kolagen sepenuhnya untuk keperluan harian. Dipercayai bermula pada umur 25 tahun, tubuh akan kehilangan 1.5% kolagen setiap tahun. (Pada umur 35 tahun – kehilangan 15% dan pada umur 45 tahun – kehilangan 30%). Oleh itu proses pemakanan kami dapat membantu serta meransang tubuh untuk mengeluarkan serta mengganti kolagen yang telah digunakan.

Kolagen didapati dapat menguatkan kuku yang rapuh. Penggunaan harian kolagen juga mempunyai kesan yang positif terhadap kulit kepala dengan kajian mendapati yang diameter rambut dapat bertambah sebanyak 9.3% - 11.3%. Kekuatan rambut juga telah diuji dan hasilnya menunjukkan adanya penambahan.

KOLOSTRUM

Dihasilkan dari susu lembu, kolostrum ialah sejenis ramuan semulajadi. Ia mempunyai nilai vitamin, asid lemak, asid amino, daya ketahanan serta ketumbuhan penting yang lengkap. Khasiat semulajadi inilah yang juga terdapat pada susu ibu yang kita sudah sedia tahu adalah pemakanan terbaik untuk sikecil membesar kuat dan sihat.

Khasiat susu pertama lembu telah kian lama diketahui manusia. Bukan sahaja dilihat sebagai sejenis pemakanan lengkap, susu pertama lembu juga mempunyai ciri-ciri untuk menguatkan daya ketahanan sipengguna.

Manakala pada abad ini, kajian terus dilakukan terhadap kolostrum untuk memahami lebih lanjut akan sifatnya yang dapat menukarkan lemak menjadi otot-otat yang pejal. Kajian juga terus dijalankan terhadap kolostrum sebagai agen yang boleh melambatkan proses penuaan.

ASTAXANTHIN

Astaxanthin ialah sejenis unsur yang mengandungi sifat-sifat antioksida yang mirip kepada betakarotin. Ia merupakan unsur yang mewujudkan warna merah yang terdapat pada ikan salmon, trout, udang dan ketam. Ia juga terdapat pada sesetengah rumpai atau algae termasuk Haematococcus pluvialis.

Dalam bidang kosmetik, Astaxanthin mampu menjadi `lapisan perlindungan’ untuk menghalang kulit dari terdedah kepada pancaran UV dengan bertindak sebagai penstabil dan juga penghalang kerosakan pigmen kulit. Masalah pigmentasi kulit yang menyebabkan kulit berbintik/bertompok dan berjeragat disebabkan oleh penghasilan melanin yang tidak konsisten. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah mengurangkan aktiviti penghasilan tyrosinase melalui penghasilan unsur anti-tyrosinase. Kajian juga dijalankan terhadap potensi Astaxanthin sebagai agen pemutihan berbanding dengan agen pemutihan yang lain.

PATI BIJI ANGGUR

Beribu tahun dahulu, ahli-ahli falsafah zaman Yunani purba telah lama sedar akan khasiat biji anggur untuk mengubati penyakit kulit dan juga mata. Biji anggur juga digunakan dengan meluas termasuk mengurangkan risiko kanser dan melancarkan saliran darah. Ia juga dipercayai dapat mengawal tubuh dari serangan alergi, katerak dan juga melambatkan proses penuaan.


1 comment:

klik2 kat sini

Order Form !!!

Name:
Email Address:
Telephone No:
Nama / Jenis Produk (eg : cocoa collagen power plus)
Quantity Produk :
Price per Unit (eg: RM55.00)
Price include shipping? YES NO
Payment Method : CIMB MAYBANK PUBLIC BANK C.O.D
Delivery Mode : POS LAJU SELF PICK UP
Delivery Address :
Free email forms